Selasa, 29 Mei 2012

Keadaan Harga Emas Setakat Bulan Ini

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya..

Hari ini saya ingin membuka minda anda semua supaya alert dengan harga emas sekarang..

Ramai yang bertanya tentang harga emas.. Apabila saya beritahu, ramai yang kata murahnya, biar betul, turun banyak gila, aku tak tau pn, ak beli tahun lepas mahal, la ni murah banyak dan berbagai lagi..

Kepada semua, saya tunjukkan keadaan harga sekarang.. Semoga ada yang akan bertindak segera..

Terutama kepada sesiapa yang nak kahwin, nak tambah stock emas @ nak memulakan pelaburan emas pertama anda.. Harga emas masih di paras bawah..

Semoga bermanfaat..

Teknik Motif Untung Cepat dan Dirasai

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca sekalian..
Semoga anda dalam keadaan Luar Biasa Baik..
"Your Words Create Your World"

Hari ini saya ingin menambahkan ilmu saya dan berkongsi ilmu dengan ada semua..

Motif Keuntungan adalah tajuk yg dirasakan sesuai kepada semua..

Contoh:
Modal RM100,000.00.. (modal RM1K pun bleh)

Bermodalkan RM100K, anda beli emas pelaburan yg mempunyai spread kecil.. Contohny 10Dinar @ 250gram @ 500gram..

Apabila harga naik sedikit contohnya naik RM110k, jual..

Keuntungan anda RM10K..

Kemudian ulangi proses dengan menggunakan modal RM100k sahaja..
(mungkin gram berkurangan, tetapi modal anda tetap RM100k)

Apabila harga naik RM110k, jual..

Keuntungan kedua anda RM10k..

Ulangi proses tersebut :) Mudah, selamat dan cepat..

Tips:
Selalu alert terhadap harga emas..
Rekodkan harga belian, jualan dan keuntungan anda..
Motif adalah keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) bukan pertambahan gram emas..

Semoga bermanfaat..

Isnin, 21 Mei 2012

Fungsi Kalender Emas

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya..

Hari ini saya nak cerita tentang Kalender Emas.. Ramai orang fikir susahnya pelaburan emas, mcm mana nak melabur emas, apa perlu belajar.. Rumitnya nak belajar.. Last sekali putus asa dan simpan duit kertas jelah.. Hmmm.. Bagus simpan duit kertas tapi lebih bagus jika kita ada alternative untuk menyimpan dan melabur dalam bentuk yang lain seperti emas..

Salah satu teknik yang mudah yang di ajar oleh mentor saya adalah Teknik Melihat Kalender Emas..

Setiap pelaburan ada Entry dan Exit Point..

Entry point adalah di awal tahun.. Bulan Januari adalah antara bulan terbaik untuk membeli pada tahun tersebut..(Jika selepas bulan Januari, ada harga yang seakan-akan bulan January, juga sesuai untuk membeli)..

Exit Point adalah di hujung tahun.. Seelok dan kesesuaian menjual adalah pada bulan Ogos dan ke atas.. Kenapa bulan Ogos? Salah satu sebabnya adalah Perayaan untuk India dalam bulan Oktober, permintaan emas (jongkong) yang tinggi oleh negara tersebut adalah antara bulan Ogos dan September..

Beli awal tahun, Jual Hujung Tahun..
Beli harga Rendah, Jual Harga Tinggi..

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat..

Sekian..

Khamis, 17 Mei 2012

Semangat Dari Mentor Faizan Pelabur Jutawan

Assalamualaikum..

Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat, bersemangat dan terus positif..

Semalam saya telah menghadiri Seminar Emas Faizan Pelabur Jutawan "Strategi Kaya dan Berjaya"..
Alhamdulillah banyak input2 dan semangat yg diberikan..

Setelah sekian lama sibuk dengan tugas hakiki, dan kurang update blog, hari tergerak hati untuk kembali memberi ilmu dan manfaat kepada semua..

Faizan antara Jutawan muda dalam pelaburan emas dan beliau telah dikenali dalam dunia pelaburan emas fizikal..

Yang amat membanggakan saya dan memberi semagat kepada saya semula adalah "beliau melihat blog saya".. Pehh.. mcm tak percaya bla dia gtau mcm 2.." Dengar mcm biasa ja, tp bg saya ia sesuatu yg membanggakan kerana "anak muda" yg berjaya melihat blog saya.. memang best gila..

Thanx kepada Faizan.. Insyaallah blog ini akan di upgrade dengan ilmu2 dan motivasi2 syg bermanfaat untuk semua..

Untuk pengetahuan semua Faizan akan berada di Public Gold Sg Petani malam ini.

Seminar Strategi Kaya dan Berjaya Dengan Emas
Speaker : Mohd Faizan Dasuki @ Pelabur Jutawan
Tarikh : 17 Mei 2012 ( Hari Ini )
Tempat : Public Gold Sg Petani
Masa : 8.30 malam ini - 10.30 malam.
Masuk Percuma..

Banyak ilmu dan strategi yg mudah dan selamat bakal diberikan kepada anda..
Datang beramai2..

Sekian, ikhlas untuk anda..